Dasar privasi
Dasar Privasi
Bagi pihak EPOCH BLOOMING TOYS SDN BHD (“Syarikat”, “kami”), kami komited untuk melindungi privasi dan keselamatan data peribadi anda. Dasar Privasi ini ditadbir oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (yang dipinda dari semasa ke semasa) Malaysia (“PDPA Malaysia”), yang merangkumi sebarang peraturan, perintah, pekeliling dan garis panduan yang dibuat di bawahnya, dan menerangkan kaedah Syarikat mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Malaysia.
Bagi maksud Dasar Privasi ini, “anda” merujuk kepada mana-mana individu yang mengakses laman web kami di https://my.sylvanianfamilies.com dan/atau menggunakan perkhidmatan atau produk kami. Dengan mengakses laman web kami dan/atau menggunakan mana-mana perkhidmatan atau produk kami, anda menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dalam Dasar Privasi ini. Jika anda bertindak bagi pihak sebuah korporat atau entiti lain, anda menjamin bahawa anda mempunyai kuasa untuk mengikat korporat atau entiti tersebut (dan sekutunya, jika berkenaan) kepada Dasar Privasi ini, dan bahawa anda akan memaklumkan Dasar Privasi ini kepada setiap subjek data yang berkaitan.
Kami tidak akan mengumpul data peribadi daripada mana-mana individu di bawah umur lapan belas (18) tahun tanpa persetujuan yang sah daripada ibu bapa atau penjaga sah. Untuk pengguna Malaysia di bawah umur lapan belas (18) tahun, persetujuan ibu bapa atau penjaga mesti diperoleh sebelum data peribadi dikumpulkan atau diproses. Kami akan mengambil langkah pengesahan yang munasabah untuk mengesahkan status tersebut. Jika kami mendapati data telah dikumpul tanpa kebenaran yang sah, kami akan memadam data tersebut dengan segera melainkan pengekalan lanjut diperlukan di bawah undang-undang Malaysia. Jika anda percaya bahawa kanak-kanak di bawah jagaan anda telah memberikan data peribadi mereka kepada kami, sila hubungi kami menggunakan maklumat dalam Dasar Privasi ini agar kami dapat menguruskan perkara tersebut selaras dengan PDPA Malaysia.
Untuk kejelasan, dalam maksud PDPA Malaysia, “data peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, sama ada secara langsung atau tidak langsung, termasuk nama, nombor pengenalan, alamat, maklumat hubungan, pengecam dalam talian, atau sebarang maklumat lain yang dikawal selia sebagai data peribadi di bawah undang-undang Malaysia, sama ada dikumpul secara elektronik atau sebaliknya.
A. Data Peribadi yang Dikumpul oleh Syarikat
Syarikat akan mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda seperti berikut:
• Nama;
• E-mel;
• Alamat;
• Nombor telefon; dan
• Data Tingkah Laku Dalam Talian (termasuk maklumat yang diperoleh melalui ‘cookie’ seperti paparan halaman, aktiviti skrol, klik, dan tingkah laku pembelian di laman web kami).
B. Saluran di Mana Data Peribadi Diperoleh
Syarikat mungkin mengumpul data peribadi anda melalui interaksi berikut:
• Pembelian produk di laman web kami;
• Pendaftaran akaun pengguna; atau
• Komunikasi anda dengan Syarikat melalui e-mel, telefon atau saluran komunikasi lain.
C. Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi Berdasarkan Asas yang Sah
1. Syarikat mungkin akan mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda untuk memenuhi kewajipan kontraktual bagi tujuan:
o Pengenalpastian pengguna;
o Menghubungi anda bagi menyediakan perkhidmatan atau transaksi jualan; dan
o Pengebilan.
2. Selain perenggan 1, Syarikat mungkin juga akan mengumpul, menggunakan, menyimpan, mendedahkan atau memindahkan data peribadi anda untuk:
o Memaklumkan anda tentang berita atau iklan berkaitan produk atau perkhidmatan Syarikat (termasuk pengendali perniagaan atau rakan kongsi);
o Menghantar surat promosi kepada anda bagi tujuan pemasaran langsung (termasuk pengendali perniagaan atau rakan kongsi);
o Menganalisa tingkah laku pelanggan (termasuk pengendali perniagaan);
o Memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat anda berdasarkan lawatan laman web; dan
o Menjejaki aktiviti dalam talian anda untuk membolehkan pengendali laman web memperbaiki laman web atau strategi pemasaran dalam talian Syarikat.
D. Pendedahan Data Peribadi
Syarikat tidak akan berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda, kecuali jika dibenarkan atau diwajibkan oleh undang-undang. Syarikat juga tidak akan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan selain daripada tujuan asal ia dikumpulkan.
Walau bagaimanapun, Syarikat mungkin perlu berkongsi atau mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat bersekutu atau rakan perniagaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• Anymind Japan Inc;
• Pembekal, rakan kongsi, pembekal perkhidmatan dan pemproses data yang dilantik dari semasa ke semasa untuk menyokong operasi perniagaan Syarikat.
Jika kami berkongsi data peribadi anda dengan pihak tersebut, mereka dikehendaki mengendalikan data anda selaras dengan Dasar Privasi ini, keperluan kerahsiaan dan keselamatan kami dan undang-undang yang berkenaan.
Selain itu, pendedahan data peribadi mungkin diperlukan semasa siasatan, seperti dikehendadiki oleh undang-undang atau perintah mahkamah atau permintaan daripada agensi kerajaan atau pihak berkuasa.
E. Pemindahan Data Peribadi
Dengan bersetuju kepada Dasar Privasi ini, anda juga memberi kebenaran kepada pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia.
Antara penerima data di luar Malaysia mungkin termasuk:
• AnyMind Japan Inc (penyedia perkhidmatan Syarikat) di Jepun; dan
• Epoch Co., Ltd di Jepun.
F. Penyimpanan dan Tempoh Retensi Data Peribadi
Syarikat perlu menyimpan data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, termasuk:
• Menghubungi anda sebagai pelanggan kami; dan
• Mendapatkan kebenaran anda.
Data peribadi akan disimpan hanya selama mana perlu atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Malaysia. Data akan dipadam atau dianonimkan apabila tidak lagi diperlukan, selaras dengan PDPA Malaysia.
Apabila tempoh penyimpanan tamat atau Syarikat tidak lagi berhak untuk mengekalkan data anda, data tersebut akan dimusnahkan mengikut dasar penyimpanan data dan undang-undang yang berkenaan.
G. Hak Anda
Sebagai subjek data, anda berhak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan kepada Syarikat pada bila-bila masa semasa data anda disimpan. Anda juga berhak untuk mengakses dan memohon pembetulan terhadap data peribadi yang disimpan oleh Syarikat.
Selain itu, anda berhak untuk memohon agar kami berhenti memproses data anda bagi tujuan pemasaran langsung. Anda juga berhak memohon agar data anda dipindahkan kepada pihak lain.
Pelaksanaan hak anda mesti mematuhi undang-undang yang berkenaan. Syarikat berhak menolak permohonan tersebut atas alasan yang ditetapkan oleh undang-undang dan akan memaklumkan sebab penolakan tersebut dalam jawapan kami. Setakat dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, Syarikat juga berhak untuk mengenakan bayaran bagi pemprosesan sebarang permohonan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyalinan atau pengeluaran semula data.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan akses ke laman web kami atau membekalkan perkhidmatan atau produk kami sekiranya anda menarik balik kebenaran anda untuk pemprosesan data peribadi oleh Syarikat. Perkara yang sama terpakai jika anda memberikan kebenaran pemprosesan yang terhad.
Anda boleh menghubungi kami melalui maklumat hubungan di bawah untuk mengemukakan permintaan anda. Untuk tujuan keselamatan, kami akan mengesahkan identiti anda sebelum memproses permintaan tersebut. Syarikat akan memaklumkan keputusan terhadap permintaan anda mengikut PDPA Malaysia selepas pengesahan identiti berjaya dilakukan.
H. Pemberitahuan Pencorobohan Data
Sekiranya berlaku pencorobohan data peribadi, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan individu yang terjejas dengan kaedah dan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PDPA Malaysia.
I. Maklumat Perhubungan
EPOCH BLOOMING TOYS SDN BHD
22, Jalan BA 2/1, Kawasan Perindustrian Bukit Angkat, Bukit Angkat, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
epochbloomingtoys@gmail.com
J. Pengubahsuaian Dasar Privasi
Dari semasa ke semasa, Syarikat mungkin akan menyemak Dasar Privasi ini bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan, undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Syarikat akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan melalui laman web kami. Anda mungkin diminta memberikan persetujuan terhadap Dasar Privasi baharu secara elektronik atau cara lain yang sesuai. Perubahan kepada Dasar Privasi ini akan menjadi sebahagian daripada Dasar Privasi ini pada tarikh kuat kuasa atau selepas persetujuan anda, mengikut mana yang berkenaan.
K. Bahasa
Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.
Dasar Privasi ini dikemaskini kali terakhir pada Oktober 29, 2025.



